Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SMK Simpang Empat

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SMK Simpang Empat.

Misi dan Visi

VISI SEKOLAH


Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat sebuah sekolah cemerlang di daerah Seberang Perai Selatan Menjelang 2015. 


MISI SEKOLAH

1. Memastikan pencapaian akademi sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.
2. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang efektif.
3. Mewujudkan iklim sekolah yang ceria dan memberangsangkan.
4. Meningkatkan motivasi seluruh warga sekolah.
5. Membentuk personaliti pelajar ke arah yang lebih positif.
6. Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.


MATLAMAT / OBJEKTIF SEKOLAH

1. Memberi persamaan hak kepada setiap murid untuk mendapat pendidikan dan ajaran yang sebaik-baiknya.
2. Memberi seluas peluang untuk mencapai ketinggian intelek dan pencapaian akademik yang cemerlang.
3. Melahirkan individu yang patuh kepada peraturan dan undang-undang.
4. Menerapkan nilai-nilai yang murni dalam semua aspek persekolahan.
5. Mengamalkan dan mematuhi suruhan Tuhan.
6. Menyediakan keperluan yang cukup bagi mewujudkan budaya sekolah yang sempurna dalam aspek fizikal,
    sosial, budaya ilmu dan penggunaan bahasa sebagai pemangkin untuk murid berkembang.
7. Mengawal dan mempertingkatkan taraf profesionalisme guru supaya dapat menjamin taraf pengajaran dan  
    pembelajaran yang berkualiti.