Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SMK Simpang Empat

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SMK Simpang Empat.

Selasa, 21 Februari 2012

3 Mac 2012 (Sabtu) merupakan Hari Persekolahan Gantian


Untuk makluman semua ibubapa/ waris pelajar dan warga SMK Simpang Empat. 3 Mac 2012 (Sabtu) adalah hari persekolahan gantian (menggunakan jadual waktu hari Jumaat).

Sekian, harap maklum.

SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

TARIKH:9 FEBRUARI 2012

LOKASI: DATARAN PERHIMPUNAN DAN SURAU AL-HUDA SMK SIMPANG EMPAT



Sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat sekolah disambut hari ini dengan penuh meriah. Sambutan dimulakan dengan Perarakan Maulidur-Rasul dan untuk acara di Surau Al-Huda pula, diadakan ceramah Maulidur-Rasul, gotong-royong memasak bubur as-syura dan juga persembahahan nasyid.










Salam Maulidur Rasul...

Kejohanan Sukan Merentas Desa SMK Simpang Empat 2012

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kawasan Perumahan Taman Jentayu, Taman Cegar,
Jalan Bukit Tambun dan kawasan sekolah.

Semua pelajar diminta datang ke sekolah pada 7.30 pagi dan berkumpul
di tapak perhimpunan.

Rabu, 15 Februari 2012

Tahniah Dan Syabas Pasukan Ping Pong SMK Simpang Empat.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Ping Pong sekolah atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Ping Pong MSSPP Zon Nibong Tebal 2012. Pasukan Ping Pong sekolah telah memenangi enam johan daripada 12 acara yang dipertandingkan. Tujuh orang pelajar dipilih mewakili pasukan daerah Seberang Perai Selatan ke peringkat negeri.
Berikut adalah acara-acara yang dimenangi pasukan SMK Simpang Empat.
i. Johan acara berpasukan lelaki 18 TKB.
1. Wong Jie Wei
2. Chuah Wei Lun
3. Ong Wei Aun
4. Hong Jie Chun
5. Chuah Wei Chyuan

ii. Johan acara berpasukan perempuan 18 TKB
1. Ong Wei Jing
2. Chin Yann Hong
3. Ang Zi Ying
4. Lee Yin Fang
5. Tan Boon Nee

iii. Johan acara bergu lelaki 18 TKB
1. Wong Jie Wei
2. Chuah Wei Lun

iv. Johan acara persorangan perempuan 18 TKB
Ong Wei Jing

v. Johan acara bergu perempuan 18 TKB
1. Ong Wei Jing
2. chin Yan Hong

vi. Johan acara bergu perempuan 15 TKB
1. Ang Hui Peng
2. Khoo Min Xuan

Terima kasih diucapkan kepada guru penasihat.