Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SMK Simpang Empat

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi SMK Simpang Empat.

Isnin, 19 Mei 2014

Peperiksaan STPM Penggal 2

Peperiksaan STPM Penggal 2 

Tarikh: 19/5/2014
Tempat: Blok A, SMKSE

Selamat menduduki peperiksaan, semoga berjaya.

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru 2014

Tema Tahun 2014

Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Selamat Hari Guru kepada semoga guru-guru di SMK Simpang Empat dah semua guru di seluruh Malaysia.

Sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada 23 Mei 2014.


Isnin, 12 Mei 2014

Anugerah Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri

Asrama SMK Simpang telah berjaya mendapat Anugerah Lima Mutiara dan sekali lagi menempa nama dengan merangkul Naib Johan  Anugerah Asrama Harian dalam Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2014.

Tahniah kepada barisan pentadbir, jawatankuasa asrama, dan semua warga asrama.










Sabtu, 10 Mei 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada:

Tingkatan 4 dan 5
10/5/2014 sehingga 26/5/2014

Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3
19/5/2014 sehingga 23/5/2014

SEMOGA BERJAYA!!

Khamis, 8 Mei 2014

Minggu Pusat Sumber

Minggu Pusat Sumber SMK Simpang Empat telah diadakan pada 28 April 2014 - 2 Mei 2014.

Perasmian Minggu Pusat Sumber disempurnakan pada hari Isnin 28 April 2014 oleh Tn. Hj Mustaffa bin Man, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Simpang Empat.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
- Pertandingan Congkak
- Pertandingan Infohunt
- Crossword Puzzle
- Pertandingan Imitasi Kulit Buku
- Pameran Sudut 3D di Pusat Sumber













Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris

Tahniah kepada pasukan dari SMK Simpang Empat telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Kelompok M9.

Pelajar - pelajar yang terlibat ialah Muhammad Arrash Farhaz, K. Shree Darshini, Phoebe Angle George, Nurainina Syaherah, Anushiya Irrulappen dan Muhammad Shazreel Farhaaz.

Syabas dan tahniah. Pasukan ini dibimbing oleh Pn. Renuga Devi dan Cik Nurul Azimah.


Tahniah kepada Pasukan Bahasa Tamil

Tahniah kepada pasukan sekolah kita yang mewakili SMKSE ke Karnival Bahasa Tamil Peringkat Negeri Pulau Pinang. 

Pelajar kita telah memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Thirukural dan tempat ke-8 (hadiah saguhati) dalam Pertandingan perbahasan Bahasa Tamil.

Syabas dan tahniah kepada pasukan sekolah kita!! Pasukan ini dibimbing oleh Pn. Komathi dan En. Kalaikumar. 






Rabu, 30 April 2014

Tahniah kepada Pasukan F1

Pada 29 dan 30 April 2014 SMK Simpang Empat telah menyertai Pertandingan F1 In Schools Peringkat Zon Utara Malaysia. Pasukan sekolah kita,Ninja Stars telah berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Innovative Thinking dan Best Newcomer. Pasukan ini telah dipimpin oleh Pn Habsah dan En. Mohd Firdaus. TAHNIAH diucapkan.





Isnin, 28 April 2014

Kecemerlangan SMK Simpang Empat 2014

TAHNIAH! kepada Pasukan Softball SMKSE yang telah muncul sebagi Johan dalam Kejohanan Softball Peringkat Daerah Seberang Perai bagi lelaki dah dan perempuan.



PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
TAHNIAH!! SMK Simpang Empat telah muncul sebagai Johan Drama Komsas dalam Pertandingan Kokurikulum AKademik Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2014.





PERTANDINGAN CHEF REMAJA CILIK 2014
ANJURAN MAGGI, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.

TAHNIAH kepada pasukan dari SMK Simpang Empat yang telah mendapat tempat kedua dalam tersebut. Pasukan ini dibimbing oleh Pn. Habibah dan Pn. Aimi Humairah. 



Karnival Kokurikulum SMK Simpang Empat 2014

Karnival Kokurikulum telah diadakan pada Sabtu, 26 April 2014 bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di SMK Simpang Empat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti
  • Bidang bahasa
- Pertandingan Sahiba
- Pertandingan Scrabble
- Pertandingan Nyanyian Lagu Bahasa Cina dan Tamil
  • Bidang Kemanusiaan
- Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan
- Pertandingan Mencorak Inai
- Pertandingan Lanskap
- Pertandingan G-Maths
- Pertandingan Membuat Model Gunung Berapi
  • Bidang Teknik dan Vokasional
- Pertandingan Gubahan Sayur dan buah-buahan
- Pertandingan Meneka Paku dalam balang
- Pertandingan Membuat Perabot
- Pertandingan Elektronik 
- Pertandingan Membuat Bongkah Isometrik
  • Pertandingan Badan Beruniform
- Pertandingan Masakan Rimba
- Pertandingan Mencipta Sepanduk
- Pertandingan Ikatan
- Pertandingan Membuat Model Perintis

  • Aktiviti Pelajar Sesi Petang
- Pertandingan Lukisan Pada Pasu
- Pertandingan Reka Cipta Kitar Semula
- Pertandingan Congkak
- Pertandingan Chess
- Pertandingan Chinese Chess
- Pertandingan Permainan 'tower up'

  • Gerai
- Pertandingan Gerai Jualan Tertinggi
- Gerai Paling Ceria / bersih
  • Pameran
-Kesihatan, PDRM, Bomba, Penjara, JPAM, Kolej Stradford